Pelumba cilik kelahiran Terengganu, Qabil Irfan Azlan nyata berada dalam kelas tersendiri apabila muncul juara keseluruhan bagi kelas 110cc di Kejuaraan Junior SIC Ohvale musim ini.

Qabil menjuarai pusingan keempat semalam dengan mencatat masa 14 minit 37 saat di perlumbaan pertama dan 10 minit 58 saat di perlumbaan kedua.

Pelumba berusia sembilan tahun itu menguasai keempat-empat perlumbaan dan seterusnya menutup tirai kempen 2021 dengan 284 mata.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini