Atlet lempar cakera wanita negara, Queenie Ting Kung Ni mencatat rekod baharu kebangsaan pada kejohanan ujian Olahraga Trek dan Padang Malaysia hari ini.

Pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2019 itu melakukan balingan 50.67 meter, sekali gus mengatasi rekod lama miliknya sendiri 48.56 meter. Keputusan itu menyaksikan Queenie muncul atlet lempar cakera wanita melepasi catatan 50 meter.

Atlet berusia 24 tahun itu memecahkan rekod lama pada lontaran kedua iaitu 49.02 meter sebelum sekali lagi memperbaharuinya kepada catatan lebih 50 meter dengan lemparan ketiga. Pada Kejohanan Grand Prix Malaysia April lalu, Queenie berjaya memadam rekod 47.91 meter milik Connie Choo Kang Ni, sekali gus menjadi pemegang rekod baharu kebangsaan dengan ini 48.56 meter.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini