Timbalan Chef de Mission negara, Gerard Monteiro percaya Malaysia mampu membawa pulang satu pingat emas dalam sukan skuasy pada temasya Sukan Komanwel 2022 yang akan berlangsung di Birmingham itu, bulan depan.

Menurutnya, sasaran itu dilihat cerah untuk dicapai menerusi acara beregu wanita.

Menurut Monteiro, Persatuan Raket Skuasy Malaysia meletakkan gandingan Rachel Arnold dan S. Sivasangari untuk menggalas misi tersebut selepas mereka meraih pingat gangsa di Kejohanan Beregu Dunia, di Glasgow, Mei lalu.

Rachel dan Sivasangari sebelum ini pernah beraksi pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia dan mereka dijangka berdepan cabaran sengit pemain-pemain berpengalaman dari India, New Zealand dan England pada temasya kali ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini