Ragbi Siri Jelajah Musim Luruh 2021. Perancis menyekat dominasi New Zealand apabila berjaya menewaskan skuad All Blacks itu buat kali pertama sejak 2009 di Paris.

Dalam perlawanan tersebut tuan rumah menang dengan keputusan 40-25. Bagi ketua pasukan Perancis, Antoine Dupont (ANTHONY DUPO) ia kemenangan menakjubkan ke atas juara dunia 3 kali itu dengan jurang perbezaan mata yang besar.

Dalam pada itu ketua pasukan New Zealand, Sam Whitelock berpendapat sesuatu harus dilakukan segera rakan-rakan sepasukannya bagi mengembalikan momentum kemenangan. Ia kekalahan kedua All Blacks dalam siri jelajah sama selepas kecundang di tangan Ireland 29-20 awal minggu ini.

Keputusan lain, menyaksikan England menang menentang Afrika Selatan 27-26 manakala Wales menang menentang Australia dengan keputusan 29-28.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini