Menjadikan pasukan lebih seimbang merupakan matlamat utama pengendali sementara Manchester Unted, Ralf Rangnick.

Jurulatih berusia 63 tahun itu bercakap pada sidang media pertamanya selepas anak buahnya meraih kemenangan 3-2 ke atas Arsenal kelmarin.

Rangnick diberi tugas untuk membimbing United sehingga akhir musim ini dan kemudian bakal memegang peranan sebagai penasihat di Old Trafford.

Bekas jurulatih RB Leipzig ini akui, tawaran yang diberikan United adalah sesuatu yang tidak boleh ditolak.

Katanya, The Red Devils adalah salah satu kelab terbesar di dunia dan dia teruja untuk bekerjasama dengan pasukan itu.

Selain bepengalaman sebagai jurulatih, Rangnick juga merupakan bekas pengurus sukan dan pembangunan kelab Lokomotiv Moscow di Rusia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini