Presiden Persatuan Penyair Malaysia, Penyair, Datuk Rahman Shaari di umum sebagai penerima Anugerah Sastera Negara sekaligus membawa gelaran Sasterawan Negara ke-15.

Beliau dipilih daripada 12 lagi pencalonan selepas lantikan beliau dipersetujui seramai sembilan panel yang telah bermesyuarat sejak september 2021.

Jelas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, pemilihan Datuk Rahman Shaari itu  berdasarkan sumbangan beliau melalui karya dan pemikiran, serta pengembangan sastera di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Gelaran tersebut melayakkan Datuk Rahman Shaari menerima warkah penghormatan negara, wang tunai RM 60,000 ringgit, hak penerbitan sebanyak 50, 000 naskhah buku atau nilai harga buku maksimum berjumlah RM 500,00 untuk dibeli kerajaan dan disebarkan ke sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan.

Tokoh Sasterawan Negara ke-15 itu juga akan menerima kemudahan perubatan percuma dalam wad kelas satu di mana-mana hospital kerajaan, kemudahan untuk kegiatan mencipta karya sastera, kemudahan untuk penerbitan karya, perterjemahan karya yang sesuai dalam bahasa asing dan elaun sara hidup sebanyak RM5,000 sebulan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini