Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Seni Kreatif (Perancang Seni Budaya) sempena Istiadat Konvokesyen ASWARA ke -16.

Penganugerahan atas jasanya merancang pembangunan dan pengembangan seni budaya tanah air.

Manakala tokoh seniman negara, Md Yatim Talib dianugerahkan Ijazah Kehormat Sarjana Seni Kreatif (Seni Lakon).

Ketokohan beliau menjadi aspirasi dan inspirasi kepada graduan yang kini menceburi dunia lakonan dan pengarahan.

Sebagai menghargai tokoh seni, budaya dan warisan, konvokesyen kali ini turut memperkenalkan Anugerah Khas Adiguru ASWARA kepada 9 tokoh, antaranya Abdul Khalil Hassan dan Abd Wahab Othman.

Seramai 547 graduan tahun 2020 dan 2021 berjaya menamatkan pengajian seni pelbagai peringkat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini