Ibrahim Mat Zin atau ‘Raja Bomoh’ yang tular dengan video ritual menolak musibah banjir dibebaskan dengan jaminan Mahkamah Rendah Syariah Ipoh.

Ibrahim, 71 tahun, bersama seorang wanita, Suliaha Abdul Hamid atau dikenali ‘Puteri Zaleha’, 62 tahun, masing-masing diperintahkan membayar wang jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga.

Ketetapan dibuat Hakim Syarie Mohammad Najib Ab Razak selepas membenarkan permohonan Pendakwa Syarie, Suhaili Ishak yang dikemukakan mengikut Seksyen 22 Enakmen Tatacara Jenayah Perak 2004.
 
Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak mengemukakan kertas pertuduhan pada prosiding itu kerana perlu masa untuk mengambil keterangan dan siasatan lanjut.
 
Dua individu terbabit disiasat di bawah Seksyen 16 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 di sebuah rumah di Taman Rapat Jaya 1, Ipoh sekitar jam 3.45 petang, 6 Januari lepas.
 
Bagi tujuan siasatan, dikemukakan agar kedua-dua mereka diberi pembebasan dengan satu cagaran penjamin oleh mahkamah.
 
Sebutan semula kes ditetapkan 23 Februari depan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini