Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, mendahului senarai 62 penerima darjah dan bintang kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Kedah ke 80.

Majlis diadakan di Balairung Seri Besar, Istana Anak Bukit, Alor Setar pagi tadi. Tengku Sarafudin dikurniakan Darjah Kerabat Kedah, diikuti Raja Puan Muda; Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff yang dikurniakan Darjah Kerabat Sallehuddin.

Tunku Laksamana, Datuk Seri Diraja Tunku Shazuddin Arif ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin menerima darjah Duli Yang Teramat Mulia Tunku Mahkota Kedah.

Selesai menganugerahkan kepada ketiga-tiga kerabat itu, Sultan Sallehuddin kemudian menyampaikan anugerah kepada penerima darjah dan bintang kebesaran tahun lepas didahului Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Istiadat diteruskan bagi penerima tahun ini termasuk Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dianugerah Darjah Seri Setia Diraja Kedah Yang Amat Dihormati.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini