Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu kempen Rakyat Perlis Hidup Bersih dan Masyarakat Perlis Madani Berperaturan dijayakan semua pihak.

Justeru, masyarakat disaran tidak ambil mudah pelupusan sampah dengan membuangnya sesuka hati. Titah baginda tindakan membuang sampah merata-rata menunjukkan kedangkalan akal fikiran.

Sebagai ahli masyarakat yang mendokong aspirasi Perlis Hebat Rakyat Bermentaliti Kelas Pertama Dalam Tindakan baginda berharap perkara sedemikian tidak dilakukan.

Sebaliknya rakyat digesa mengamalkan sikap tanggungjawab selari matlamat menjadikan Perlis Negeri Bandaraya Pintar 2030.

Baginda bertitah demikian pada majlis serahan sumbangan agihan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini