Ahli (LPU), Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) diingatkan agar sentiasa melaksanakan tugas dan amanah dengan telus, cekap dan berintegriti.

Ini kerana setiap ahli terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman dalam bidang masing-masing bagi memacu pembangunan pendidikan di KUIPs agar mencapai tahap kecemerlangan yang tinggi.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Canselor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) bertitah, LPU merupakan entiti perlu dalam sesebuah institusi pengajian tinggi.

Baginda turut berharap agar LPU mampu melonjakkan KUIPs menjadi salah satu institusi pendidikan yang berwibawa dan dihormati.

Baginda bertitah pada Majlis Pengurniaan Watikah Pelantikan LPU di Auditorium Kolej Universiti Islam Perlis.

Pelantikan melibatkan 8 ahli, antaranya Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti KUIPs, Rektor KUIPs, dan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini