Masyarakat disaran supaya sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri dengan menyesuai dan membandingkan diri dengan orang lain.

Walaupun kebiasaan orang berpesan, jangan bandingkan diri dengan orang lain kerana setiap orang berbeza dan unik namun, dalam konteks dunia hari ini terdapat kewajaran untuk mula membandingkan diri sendiri dengan orang lain untuk membolehkan kita mengetahui di mana kedudukan semasa kita.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, pencapaian orang sekeliling perlu dijadikan perbandingan dengan perancangan dalam sudut positif untuk lebih maju dalam sasaran kerjaya, pelajaran mahu pun kehidupan peribadi.

Demikian titah baginda menurut hebahan media Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) selepas berkenan berangkat menyampaikan agihan zakat MAIPs berupa wang tunai RM700, beras serta bekalan makanan mentah kepada tiga di Kuala Sungai Baru, Simpang Empat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini