Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menyempurnakan majlis pelancaran jenama rasmi Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) siang tadi.

Turut hadir ke majlis itu adalah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Pengarah Urusan Sime Darby Property, Datuk Azmir Merican. Menurut Datuk Azmir, penjenamaan ini sebagai satu inisiatif bagi meningkatkan perkhidmatan dan serta menambah baik kemudahan Kelab di bawah Pengurusan Sime Darby Property Berhad.

KLGCC telah disenaraikan dalam ‘100 Kelab Golf Platinum Terbaik Dunia 2022-2023 dengan menduduki tangga ke 77. Ia merupakan satu-satunya kelab golf di Malaysia yang menerima pengiktirafan tersebut.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini