Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Taska Genius Perpaduan Taman Seri Rampai, di ibu negara.

Lawatan sempena sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat sama anakanda baginda, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.

Tunku Hajah Azizah meluangkan hampir satu jam beramah mesra bersama kanak kanak dan tenaga pengajar.

Baginda turut mengurniakan cek sumbangan RM30,000 kepada Kementerian Perpaduan Negara yang diserahkan kepada menterinya, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

Taska Genius Perpaduan Seri Rampai mempunyai 18 kanak kanak dan mula beroperasi pada Februari 2010 di Pusat Rukun Tetangga Seri Rampai dengan empat pendidik dan dua pembantu pendidik.

Taska Genius Perpaduan diinspirasikan daripada program PERMATA Negara yang berfokuskan kepada asuhan dan didikan awal bagi kanak kanak di bawah umur empat tahun dalam menerapkan nilai nilai murni dan hidup bermasyarakat.

Sehingga kini terdapat 41 Taska Genius di seluruh negara yang melibatkan kanak kanak berumur dua tahun sehingga empat tahun.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini