Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Zaheeda Mohamad Ariff menzahirkan penghargaan atas usaha-usaha dilaksana kerajaan persekutuan dan negeri Kedah dalam pembangunan orang kurang upaya OKU bagi menjamin kesejahteraan golongan OKU di negeri itu.

Raja Puan Muda Kedah dalam ucapan perasmian Sambutan Hari orang kurang upaya peringkat negeri bertitah, usaha membantu golongan OKU bukan sahaja terletak pada kerajaan malah pertubuhan sukarela, masyarakat dan syarikat koporat.

Dengan sambutan ini, OKU diharap mampu menginspirasikan sebuah komuniti OKU Keluarga Malaysia yang lebih berkreadibiliti dalam menyumbang kepada kejayaan Pelan Pemulihan Negara.

Turut berangkat, Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin.

Bertemakan “Kepimpinan dan Penyertaan OKU Menuju Endemik Covid-19, majlis berlangsung di Taman Sinar Harapan, Jitra.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini