Susulan peningkatan jangkitan COVID-19 secara mendadak di Arab Saudi.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud menggesa orang ramai mematuhi protokol kesihatan dan keselamatan COVID-19, selain mengambil dos penggalak.

Gesaan dibuat Raja Salman semasa mempengerusikan pasca mesyuarat mingguan Majlis Menteri secara dalam talian.

Ini susulan peningkatan kes COVID-19 secara mendadak di negara itu yang menjangkau 2,585 kes dalam tempoh 24 jam.

Menteri Penerangan, Majid Al-Qasabi berkata, Kabinet Arab Saudi antara lain meneliti semula perkembangan situasi epidemiologi COVID-19, petunjuk tempatan dan antarabangsa, penilaian langkah pencegahan kesihatan awam serta kunjungan warga asing ke Dua Masjid Suci.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini