Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud akan mengetuai perwakilan Arab Saudi  dalam perhimpunan dua hari secara maya Sidang Kemuncak Pemimpin G20 di Rom, memenuhi jemputan Perdana Menteri Itali, Mario Draghi.

Arab Saudi menzahirkan penghargaannya atas usaha  dilakukan Itali untuk memastikan tugas Presiden G20 berjaya tahun ini.

Sidang kemuncak itu dipengerusikan Itali dengan tema “Manusia, Planet, Kemakmuran” .

Sidang akan memfokuskan kepada Pemulihan daripada Pandemik Covid-19 dan Pengukuhan Tadbir Urus Kesihatan Global, Pemulihan dan Ketahanan Ekonomi, Perubahan Iklim dan Peralihan Tenaga, dan Pembangunan Lestari dan Keselamatan Makanan. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini