Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn mahu kerajaan baharu melaksanakan tugas dengan sebaik mungkin untuk kepentingan negara dan rakyat.Amanat itu disampaikan sempena majlis angkat sumpah jawatan oleh 36 menteri kabinet baharu Thailand yang berlangsung di Dewan Amphorn Sathan.Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha mengetuai barisan menteri mengangkat sumpah dalam satu upacara sekitar jam 5 petang Selasa waktu Thailand.
Kabinet terdiri daripada 36 menteri daripada 19 parti gabungan yang dipimpin Parti Palang Pracharath.Pembentukan kabinet baharu ini menandakan berakhirnya pentadbiran tentera apabila Majlis Keamanan dan Ketenteraman Negara (NCPO) dibubarkan.##

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini