Rakan pengasas Rumah Bonda menafikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan Siti Bainun Ahd Razali kerana sifat cemburu.

Saksi kelapan pendakwaan yang juga Pegawai Penyelidik Undang-Undang, Suhana Zam berkata demikian dalam prosiding kes menganiaya seorang remaja Sindrom Down dikenali, Bella.

Dalam prosiding sama, Suhana tidak bersetuju dengan cadangan peguam, Nur A’minahtul Mardhiah Md Nor yang mewakili tertuduh bahawa beliau dan empat rakannya yang lain berkomplot menjatuhkan Siti Bainun. 

20 Ogos tahun lalu, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen sebagai orang yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga Bella yang berusia 13 tahun kerana mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
 
20 November tahun sama, Siti Bainun sekali lagi didakwa atas pertuduhan menganiaya remaja terbabit.
 
Prosiding berlangsung di hadapan Hakim Izralizam Sanusi.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini