Di Brussels, Belgium, lebih 15 ribu menyertai protes mendesak kerajaan bertindak segera menangani masalah perubahan cuaca dan ketidakadilan sosial. Protes dianjurkan sekumpulan badan bukan kerajaan, NGO seperti Greenpeace dan kesatuan sekerja Belgium mengangkat slogan utama, Bertindak Sekarang. Mereka mahu kerajaan melaksanakan segera dasar bagi menangani isu berkaitan alam sekitar selain meningkatkan kualiti kehidupan rakyat secara keseluruhan. Peserta berarak selama dua jam bermula pukul 2 petang waktu tempatan dan melalui jalan utama ibu negara Belgium sebelum berakhir di Jubelpark. Antara tuntutan mereka adalah kerajaan perlu memperuntukkan 4 bilion euro untuk menambahbaik perkhidmatan awam serta bayaran gaji serta pencen sama rata untuk lelaki dan wanita. Mereka juga mahu kerajaan menggubal dasar penghijrahan lebih baik dan kawalan ke atas harga ubat-ubatan.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini