Keluarga Malaysia berpeluang menaiki perkhidmatan tren Express Rail Link (ERL) hujung minggu ini dengan hanya RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL.

Peluang itu boleh dinikmati menerusi ‘ERL RM1 Joyride Weekend’, inisiatif Express Rail Link Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Ketua Pegawai Eksekutif ERL, Noormah Mohd Noor berkata inisiatif itu bertujuan  merangsang semula perjalanan riadah tempatan.

Bagi program 2 hari itu, pihaknya menyasarkan 8,000 penumpang.
 
 
Majlis pelancaran program ERL RM1 Joyride Weekend’ di adakan di Stesen KL Sentral.

Ucapan pelancaran oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri disiarkan secara maya.

Promosi istimewa tersebut boleh didapati menerusi aplikasi mudah alih KLIA Ekspress.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini