Ribuan masyarakat Ecuador berarak bagi meneruskan protes berhubung harga minyak yang masuk hari kelapan. Protes turut disertai pelajar, pekerja dan orang awam yang terhimpit akibat krisis ekonomi.

Mereka berarak menuju pusat bandar Cutuglagua yang terletak di bahagian selatan Quito yang menyaksikan pertambahan peserta protes sejak Ahad.

Presiden, Guillermo Lasso sebelum ini telah melanjutkan darurat di enam wilayah selain perintah berkurung pada waktu malam di Quito. Di Ecuador terdapat lebih setengah juta daripada 17.7 juta penduduk.

Lasso menerusi ciapan di Twitter berkata kerajaan telah mengatur dialog namun ditolak. Tegasnya kumpulan protes itu hanya mahukan kacau bilau dan menyingkirkan Presiden.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini