Rakyat Malaysia harus berasa bangga dengan Bahasa Melayu kerana bahasa itu masih diguna pakai di peringkat antarabangsa, malah menduduki tangga ke-10 bahasa paling popular penggunaannya di dunia.

Demikian ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Majlis Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2021, yang dianjurkan malam tadi di Johor Bharu, Johor. Datuk Seri Ismail Sabri berkata sehingga kini, terdapat lebih 300 juta individu bertutur Bahasa Melayu di seluruh dunia.

Beliau tidak menolak kemungkinan bilangan penutur Bahasa Melayu akan terus berkembang, sekaligus mengembalikan zaman kegemilangan lingua franca Bahasa Melayu. Perdana Menteri juga mahu lebih banyak aktiviti bahasa dan kesusasteraan dijalankan.

Menurutnya, Bahasa Melayu berdepan cabaran era teknologi maklumat dan komunikasi, serta gelombang perubahan ilmu dan informasi yang berubah dengan pantas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini