Rakyat diingatkan sentiasa berwaspada dan tidak mudah diperdaya sehingga menjadi mangsa sindiket penipuan yang berleluasa ketika ini. Antaranya penipuan pelaburan tidak wujud, penipuan penyamaran melalui panggilan telefon, penipuan belian atas talian, penipuan tawaran kerja tidak wujud dan penipuan pinjaman tidak wujud.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, penipuan pelaburan tidak wujud dan penyamaran melalui panggilan telefon sering dilakukan sindiket.

Kebanyakan mereka cenderung menggunakan nama individu berpengaruh atau menyamar sebagai pegawai agensi penguatkuasa. Situasi semasa menyebabkan risiko terlibat penipuan semakin tinggi apabila urusan harian dibuat secara dalam talian.

Ini termasuk pembelian barangan dan perkhidmatan yang meningkat dalam tempoh pandemik Covid-19 kerana pergerakan terbatas. Baginda bertitah selepas menyempurnakan penyampaian sumbangan saguhati kepada 38 orang bekas amil zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini