Krisis makanan di Madagascar makin meruncing.

Penduduk negara tersebut kini diambang kebuluran selepas mengalami musim kemarau terburuk dalam tempoh 40 tahun akibat perubahan iklim.

Penderitaan dialami penduduk Madagascar boleh dilihat menerusi laporan kematian bayi dan ibu yang semakin kerap susulan tidak lagi mampu memberikan makanan kepada anak mereka.

Media turut melaporkan, ramai penduduk Madagascar tidak dapat mencari atau membeli makanan selain penyakit semakin menular kerana sistem imunisasi rendah.

Lebih memilukan penduduknya terpaksa menggali dasar sungai yang kering untuk mencari air minuman.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini