Kazakhstan memberi jaminan pelaburan Malaysia bernilai 1 bilion dolar Amerika di negara itu selamat dan akan terus dilindungi.

Duta Besar Kazakhstan ke Malaysia, Bulat Sugurbayev berkata, situasi di negara itu stabil selepas pergolakan tercetus minggu lalu.

Pihak kedutaan akan mula menghubungi pelabur Malaysia di Kazakhstan bagi mendapatkan perkembangan semasa.

Beliau berkata sebahagian besar pelaburan Malaysia ke negara berkenaan melibatkan industri minyak dan gas.

Dalam perkembangan berkaitan, katanya, lebih 70 rakyat Malaysia di Kazakhstan dilaporkan selamat dan belum ada yang meminta untuk pulang negara ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini