Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menasihati rakyat Malaysia di republik itu untuk memohon atau memperbaharui pasport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput.

Ini kerana pihaknya mengalami peningkatan drastik permohonan dan pembaharuan pasport berikutan pelaksanaan langkah-langkah kawalan sempadan oleh Malaysia dan Singapura sejak April 2020.

Dalam kemas kini di Facebooknya, tempoh pemprosesan bagi tujuan itu adalah lapan minggu, “dengan syarat semua dokumen sokongan yang diserahkan lengkap.”

Rakyat Malaysia juga diingatkan urusah berkenaan adalah hanya menerusi janji temu sahaja, selaras dengan langkah-langkah kesihatan yang ditetapkan Singapura.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini