Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia  menangguhkan sementara perjalanan tidak penting ke Ethiopia susulan konflik antara Angkatan Tentera Ethiopia dan Gerakan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF).

Kenyataan kementerian menyebut, Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan, memaklumkan empat rakyat Malaysia di Ethiopia yang berdaftar dengan kedutaan berada dalam keadaan selamat.

Pegawai kedutaan sentiasa berhubung rapat dengan mereka termasuk menasihat menimbangkan untuk meninggalkan Ethiopia menerusi penerbangan komersial yang masih beroperasi.

Konflik dalaman di Ethiopia tercetus apabila kerajaan pusat menuduh pemberontak TPLF menyerang pangkalan tenteranya di Tigray.

Krisis ini membawa kepada pengisytiharan darurat selama enam bulan,  awal bulan ini, susulan kumpulan pengganas TPLF bertindak memasuki ibu negara Addis Ababa.

Perkembangan itu mendorong beberapa negara mula mengosongkan misi diplomatik mereka di Ethiopia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini