Bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan, pengguna Twitter di Malaysia boleh menggunakan emoji khas yang dibangunkan oleh pihak Twitter dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Jangka masa penggunaan emoji khas dan tanda pagar tersebut adalah untuk satu tempoh yang terhad iaitu bermula semalam sehingga 16 September 2021.

SKMM dalam satu kenyataan memaklumkan, usaha membangunkan emoji khas itu adalah sebahagian inisiatif Malaysia Prihatin bersempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia 2021.

Emoji khas secara percuma itu boleh digunakan sebagai satu cara menzahirkan perasaan dan semangat cintakan negara.

Emoji Twitter khas tersebut akan dipadankan dengan tanda pagar (hashtag) yang dipersetujui penggunaannya iaitu #MalaysiaPrihatin, #MalaysiaMerdeka, #MenangBersama dan #HariMalaysia.

SKMM mengajak para pengguna Twitter di negara ini untuk tampil menggunakan emoji yang dibangunkan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini