Rakyat Malaysia, Kamarulzaman Mohd Fauzi @Jazuli, 50 tahun, yang mengalami koma dan strok di Korea Selatan, tiba di tanahair pukul 10.20 malam tadi.

Kamarulzaman kemudiannya dibawa menerima rawatan lanjut di Hospital sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, Pahang.

Anak sulung Kamarulzaman, Mohammad Zafifi memaklumkan, bapanya sudah pulih dan boleh bertutur sebelum berlepas ke tanahair.
 
Sebelum ini media melaporkan Kamarulzaman dirawat hampir 40 hari termasuk 23 hari di Unit Rawatan Rapi di Korea.
 
Kamarulzaman yang bekerja di negara itu bagaimanapun telah sedar daripada koma dan disahkan pulih serta dibenarkan pulang.
 
Usaha membawa pulang Kamarulzaman ke tanah air dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pahang.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini