Rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan Vaksin Covid-19 di luar negara dan ingin mendapatkan sijil pengesahan vaksinasi di dalam aplikasi MySejahtera, perlu hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, tindakan itu juga bertujuan mengesan penerima vaksin dari luar negara mengenai jenis vaksin yang telah diterima mereka.

Sijil pengesahan Vaksin Covid-19 dari luar negara itu merupakan salah satu penambahbaikan di dalam aplikasi MySejahtera, selain pengenalan butang daftar keluar bagi memudahkan proses pengesanan kontak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini