Rakyat perlu mengamalkan sikap menepati masa dalam semua aspek kehidupan seharian untuk mengekalkan kemajuan negara.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, kepentingan menepati masa juga amat dititikberatkan dalam Islam.

Tambah baginda, setiap negara atau bangsa juga mempunyai pepatah tersendiri yang menggambarkan  nilai masa.
 
Pepatah Melayu mengatakan ‘masa itu emas’, manakala frasa dalam bahasa Inggeris serta Jepun juga mempunyai maksud yang sama. 
 
Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan MAIPs berjumlah RM21,000 kepada 30 asnaf di kariah Masjid Al Istiqomah, Kampung Telok Jambu, Bintong.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini