Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengajak rakyat mendalami tema sambutan Hari Kebangsaan 2021 iaitu Malaysia Prihatin serta memupuk sifat keprihatinan dalam diri.

Menerusi catatan di Facebook rasminya, beliau mengakui prihatin adalah satu sifat yang perlu ada dalam diri setiap masyarakat di negara ini. Datuk Seri Ismail Sabri juga yakin dengan keprihatinan kita semua, Malaysia pasti dapat memutuskan rantaian COVID-19 dan terus kekal aman makmur.

Dalam pada itu, perdana menteri turut mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan 2021 kepada seluruh masyarakat.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini