Rakyat, perniagaan dan juga ekonomi merupakan tiga perkara penting yang perlu diberikan fokus utama pada 2022 bagi menjamin kesejahteraan negara.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika menyuarakan komitmen itu berkata dengan kadar vaksinasi yang tinggi, berupaya membantu ekonomi Malaysia untuk terus bergerak ke hadapan.

Dalam masa sama, beliau juga berharap semua perniagaan, terutamanya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bangkit semula untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Dari segi kesejahteraan rakyat, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM4.8 billion untuk menjana 600,000 peluang pekerjaan dalam Bajet 2022.

Peruntukan itu adalah bagi mengurangkan kadar pengangguran yang memuncak sejak Mei tahun lepas iaitu pada kadar 5.3 peratus dengan menyasarkannya berada di bawah empat peratus pada 2022.

Sementara itu, bagi tempoh 100 hari kementerian kewangan menjalankan tugas, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata kerajaan telah memberi talian hayat kepada 11 juta rakyat Malaysia melalui pemberian Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), Bantuan Khas COVID-19 (BKC) dan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) yang berjumlah RM8.8 bilion setakat November lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini