Rakyat Sudan turun ke jalanan di Khartoum pada Isnin bagi membantah rampasan kuasa kumpulan tentera negara itu.

Kumpulan pro demrokasi utama Sudan juga menyeru rakyat untuk melakukan protes serta mendesak tentera agar menyerahkan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat.

Pasukan tentera tidak dikenali telah mengepung rumah Perdana Menteri Sudan, Abdalla Hamdok, yang ditahan selepas enggan menyokong rampasan kuasa itu dan dibawa ke lokasi yang tidak diketahui.

Empat menteri kabinet Sudan dan seorang wakil awam Majlis Tertinggi Sudan turut ditahan pada awal pagi Isnin.

Gambar yang tular di media sosial menunjukkan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Sudan, Ibrahim al-Sheikh, menteri penerangan serta penasihat media Hamdok turut ditahan.

Menurut Kementerian Penerangan, perkhidmatan internet dan telefon juga terganggu.

Ibu pejabat televisyen dan radio di Omdurman juga diserbu dengan beberapa pekerja ditahan.

Sejak Khamis lalu, ribuan penunjuk perasaan berkumpul di beberapa bandar utama Sudan melaungkan desakan meminta Ketua Majlis Tertinggi, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan menyerahkan kuasa.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini