Prihatin dengan penduduk terjejas banjir di negara ini Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Thailand, Yayasan Thailand dan juga Tentera Thailand dengan kerjasama Yayasan Al-Manjie Malaysia menyumbangkan barangan keperluan hari ini.

Barangan keperluan bernilai lebih dari RM600,000 itu dibawa masuk melalui Kompleks  Imigresen,Kastam Kuarantin  dan Kelamatan ICQS Bukit Kayu Hitam.

Barangan  yang dimuatkan ke dalam 3 lori treller itu berupa 3,000 unit kit kebersihan, 3,000 biji bantal, 1,500 unit selimut, 1,000 unit tikar serta 1,000 unit toto dan alas tilam.

Sumbangan diserahkan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Dato’ Siti Zailah Mohd Yusoff mewakili kerajaan Malaysia.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini