Pengguna dijangka tidak perlu membayar kos yang tinggi bagi mendapatkan perkhidmatan 5G. Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, ia kerana kerajaan telah mengambil kira soal itu sebelum melaksanakannya.

Tegasnya, melalui Digital Nasional Berhad (DNB) yang merupakan agensi pelaksana perkhidmatan itu, kerajaan telah menetapkan agar kos kemudahan terbabit perlu efektif supaya tidak membebankan pengguna. Jelasnya, usaha mencari modul perkhidmatan yang ‘cost-effective’ dengan model 5G ‘Multi-Operator Core Network (MOCN) Integration dikendalikan DNB.

Dengan model itu, kerajaan berharap dapat menjadikan Malaysia sebagai satu daripada negara peneraju bagi perkhidmatan rangkaian 5G dalam tempoh tiga tahun akan datang. Beliau bercakap kepada media selepas menghadiri pembentangan dan demonstrasi Rangkaian Teras Pelbagai Operator 5G di ibu negara.

Sasaran awal, rangkaian 5G dijangka meliputi kira-kira 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang tahun 2024.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini