Selepas memecat Ole Gunnar Solskjaer, Manchester United dilaporkan telah melantik jurulatih berpengalaman dari Jerman, Ralf Rangnick sebagai pengurus sementara di Old Trafford.

Laporan media di Britain menyebut, pengendali berusia 63 tahun itu bersetuju dengan kontrak selama enam bulan, sekali gus mengisi kekosongan yang ditinggalkan Solskjaer sehingga hujung musim ini.

Rangnick ketika ini menjawat tugas sebagai pengarah pembangunan sukan bagi kelab Rusia, Lokomotiv Moscow.

Dia sebelum ini pernah membimbing RB Leipzig di Jerman dengan membantu kelab berkenaan menduduki tangga ketiga Bundesliga pada musim 2018-19.

Selain itu, dia juga pernah menjadi jurulatih Schalke dan Hoffenheim serta dilantik sebagai pengarah sukan RB Salzburg pada 2012.

Rangnick dijangka memulakan tugas pertamanya di Old Trafford apabila The Red Devils berdepan Arsenal pada Jumaat depan.

Di sebalik pelantik Rangnick itu, United bagaimanapun masih tetap meneruskan usaha memburu khidmat jurulatih Paris Saint-Germain, Mauricio Pochettino sebagai pengurus tetap mereka pada musim depan.

Usaha mereka sebelum ini ditolak oleh PSG. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini