Lebih ramai pekerja wanita dalam sektor pelancongan hilang pekerjaan akibat COVID-19 berbanding lelaki. Menurut analisis Organisasi Buruh Antarabangsa 2020, lebih ramai golongan wanita terlibat dalam sektor pelancongan yang paling terkesan akibat pendemik.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri berkata, di Malaysia pekerja wanita yang terlibat dalam industri pelancongan berkurangan dua peratus kepada 48.3 peratus pada 2020 berbanding 50.3 peratus pada 2019.

Kerajaan dalam pembentangan Bajet 2022, mengorak langkah besar ke arah memacu pemulihan secara keseluruhan dengan komitmen memberikan manfaat sama rata kepada wanita dalam sektor pelancongan. Lebih 6,000 pemandu pelancong wanita memiliki lesen yang aktif.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini