Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim  menitahkan agensi-agensi kerajaan dan pejabat-pejabat daerah bersiap siaga bertindak pantas dalam usaha penebatan banjir.

Tunku Ismail turut mengarahkan Southern Volunteers digerakkan untuk membantu pejabat-pejabat daerah serta agensi-agensi berkaitan, selain sentiasa memantau situasi semasa.

Persiapan juga dibuat untuk memberi bantuan kepada rakyat yang memerlukan sekiranya banjir berlaku.

Sementara itu, Exco Belia, Sukan dan Pelancongan, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, seribu sukarelawan Southern Volunteers sedia digerakkan bagi berdepan banjir.
 
Satu mesyuarat koordinasi dan penyelarasan persediaan Southern Volunteers sudah dibuat.
 
Setakat 11.30 pagi, Sungai Skudai di Kampung Pasir, Johor Bahru berada pada status amaran, dengan bacaan 0.53 meter.

Manakala Sungai Kesang di Telok Rimba, Tangkak, berada pada paras waspada, 2.56 meter berbanding aras bahaya 2.5 meter.

Enam daerah diramal banjir, iaitu Mersing, Kluang, Kota Tinggi, Batu Pahat, Kulai dan Johor Bahru.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini