Sistem cuaca tekanan rendah yang terbentuk di perairan barat Sarawak dijangka bergerak ke arah barat menghampiri kawasan perairan Kelantan, Terengganu dan Pahang esok.

Ia dijangka merentasi kawasan utara Semenanjung menuju ke Laut Andaman, pada Jumaat.

Keadaan itu berpotensi menghasilkan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan.

Sekali gus boleh mengakibatkan banjir, terutama di negeri pantai timur dan utara Semenanjung.

Sehubungan itu, orang awam di kawasan rendah dinasihatkan  lebih peka dan berwaspada.  

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini