Remaja berusia 13 tahun antara yang ditahan atas penyalahgunaan daun dan cecair ketum di Kedah.

Menurut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah rampasan daun ketum semakin meningkat  di Padang Terap dan Baling.

Manakala, kegiatan pengedaran  air ketum paling aktif dikesan di  Kuala Muda dan Kota Setar

Ketua JSJN Kedah, ACP Mohd Taufik Maidin berkata pasaran daun dan cecair ketum pada harga RM10 pada botol 1.5 liter menyebabkan bahan tersebut mudah diperolehi.

Beliau bercakap pada sidang media di Kuala Nerang.
 
Terdahulu, beliau memantau pelupusan daun dan cecair ketum di IPD Padang Terap. 

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini