Ketika kebanyakan negara dunia menamakan program imunisasi COVID-19 sebagai Program Vaksinasi Kebangsaan.

Kim Jong-un mencipta kelainan  dengan dengan menamakan program vaksinasi Korea Utara sebagai program Ramuan Cinta Abadi.

Walau bagaimanapun, setakat ini, program vaksin COVID-19 Korea Utara itu hanya tersedia tentera dan pekerja projek pembinaan negara.

Program vaksinasi Ramuan Cinta Abadi  Korea Utara yang telah pun bermula dan media kerajaan dilapor memainkan peranannya mempromosikan program itu sebuah hadiah mesra Jong-un.

Radio Free Asia melaporkan, pelbagai mesej dan propaganda politik dimainkan termasuk menyebut ia suntikan vaksinasi cinta dari yang mulia iaitu merujuk kepada Jong-un.

Dalam pada itu, media juga memaklumkan, permulaan program vaksinasi COVID19 untuk rakyat  akan diumumkan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Pegawai kesihatan di Pyongyang giat melakukan pemeriksaan air sungai bagi mencegah penyebaran COVID-19.

Ia bagi menjamin keselamatan dan kebersihan air minuman daripada dicemari wabak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini