Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia, FLFAM berpandangan rancangan untuk membawa  masuk ayam sejuk beku dari luar negara boleh menjejaskan pendapatan penternak.

Penasihatnya, Datuk Jeffery Ng berkata, mereka telah menanggung kerugian sejak Covid-19 melanda dua tahun lalu.

Menurutnya, langkah itu jika dilaksanakan dalam skala besar dengan tujuan untuk mendesak harga ayam segar diturunkan, ia boleh mengakibatkan penternak tempatan menanggung kerugian lebih besar, malah gulung tikar.


Terdahulu, FLFAM memberikan komitmen untuk mengekalkan harga ayam dan telur sepanjang bulan ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini