Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Pindaan) 2021 yang diluluskan di Dewan Rakyat akan dibawa ke Dewan Negara minggu depan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata ia perlu agar boleh digunakan dalam masa terdekat.

Sekaligus mengelak tragedi bot membawa PATI karam di perairan negara berulang.

Tambahnya, tragedi bot karam yang membawa PATI di kawasan perairan Tanjung Balau, Kota Tinggi membuktikan ramai warga asing cuba masuk ke Malaysia untuk mencari pekerjaan.

Senario itu mengakibatkan ada antara PATI menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini