Puluhan ribu penunjuk perasaan di Hong Kong mengadakan bantahan besar-besaran terhadap rang undang-undang ekstradisi ke China. Pasukan Polis menggunakan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan yang berkumpul di luar Parlimen. Penunjuk perasaan menyerbu bangunan parlimen bagi mendesak kerajaan menarik balik rang undang-undang berkenaan. Dua puluh orang dilaporkan cedera dan dibawa ke hospital. Protes besar-besaran ini telah memaksa pembuat dasar menangguhkan debat berkaitan rang undang-undang ekstradisi, ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Perhimpunan besar-besaran itu dilancarkan selepas Parlimen yang majoriti ahlinya pro-Beijing bersedia untuk berdebat Rang undang-undang tersebut untuk bacaan kali kedua.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini