Rangka tulang dinosaur triceratops yang paling besar dijumpai di bumi setakat ini dilelong pada harga 6.6 juta Euro. Seorang pengumpul dari Amerika Syarikat menjadi pembeli rangka haiwan bersejarah itu.

Pengumpul dari Amerika Syarikat itu menewaskan 10 lagi pembida dengan tiga daripadanya bertindak menaikkan harga tawaran pada saat-saat akhir. Menurut seorang ahli paleontologi yang memantau lelongan tersebut, Lacopo Briano, dia tidak menyangka harga rangka dinosaur berkenaan boleh mencecah setinggi itu.

Rangka tulang dinosaur itu yang diberi gelaran ‘Big John’ ditemukan di South Dakota, Amerika Syarikat pada tahun 2014 oleh seorang ahli paleontologi manakala tulang-tulangnya disusun di Itali.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini