Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik bagi Kemakmuran, IPEF akan memperkukuh hubungan ekonomi Amerika Syarikat dan rakan strategik di rantau berkenaan dalam beberapa bidang utama.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, IPEF turut menyediakan platform dialog dua hala bagi urusan perdagangan dan pelaburan.

Tumpuannya, empat bidang kerjasama iaitu perdagangan, rantaian bekalan, tenaga bersih, penyahkarbonan dan infrastruktur serta cukai dan anti rasuah. 

Pelancaran rangka kerja tersebut disempurnakan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden secara maya petang tadi.

Ia turut disaksikan Malaysia serta 11 rakan strategik lain iaitu Australia, Brunei, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Datuk Seri Mohamed Azmin menerusi kenyataan di laman Twitternya optimis, kerjasama tersebut akan mengiktiraf kepentingan dasar ekonomi rantau ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini