Satu fosil naga laut atau nama saintifiknya Ichthyosaur berusia 180 juta tahun berjaya ditemukan di Midland, United Kingdom.

Rangka reptilia laut gergasi sepanjang 10 meter itu turut ditemui bersama tengkorok seberat satu tan.

Ini merupakan fosil paling besar dan lengkap pernah ditemukan di rantau berkenaan serta merupakan pencapaian terbesar dalam sejarah ahli paleontologi UK.

Rangka itu ditemukan Joe Davis dari Lercestershire ketika sedang melakukan kerja-kerja pengeringan sebuah lagun di perairan Rutland pada Februari 2021.

Proses penggalian berskala besar dilakukan pada Ogos dan September 2021.

Ia bukan penemuan Ichtyosaur pertama di Rutland, dua fosil lebih kecil dan tidak lengkap turut ditemukan ketika pembinaan takungan air pada 1970.

Bagaimanapun penemuan kali ini mampu memberi lebih banyak informasi mengenai kehidupan haiwan purba berkenaan.

Ichtyosaur digelar sebagai naga laut kerana memiliki gigi dan mata yang besar dan kelihatan seakan ikan lumba-lumba jika dilihat dari segi fizikalnya.

Reptilia marin itu pernah hidup sezaman dengan dinosaur dipercayai sekitar 250 juta tahun yang lalu dan pupus sekitar 90 juta tahun lepas.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini