Dikatakan sebagai penemuan yang sangat jarang berlaku.

Rangka spesis dinosaur berkaki dua yang tidak bertaring yang hidup sekitar 70 juta tahun lalu ditemui di Brazil.

Dinosaur kecil itu, yang panjangnya kira-kira satu meter dan tingginya 80 sentimeter, adalah seekor theropod, iaitu kumpulan dinosaur yang hampir kesemuanya dipercayai adalah karnivor.

Namun, yang membingungkan, spesis baru itu dipanggil Berthasaura leopoldinae, mempunyai muncung seperti paruh tanpa gigi.

“Itu amat mengejutkan,” kata pakar paleontologi yang membuat penemuan itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Muzium Negara Brazil.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini